Para Collegelinkers yang dikasihi:
Mungkin kamu akan berasa terharu akan rencana ini kerana ditulis dalam Bahasa Malaysia. Jangan terperanjat. Biarlah saya meyakinkan anda bahawa saya tidak gila, cuma terasa patriotik sahaja dan ingin menyokong apa konsep ni... Oh! 1Malaysia! (Go Najib!). Antara sebab yang lain merupakan kerinduan saya terhadap penggunaan Bahasa Malaysia dalam penulisan seharian. Jadi, saya telah bertekad untuk menulis recana ini dalam Bahasa Malaysia selaras dengan memastikan tatabahasa adalah setepat mungkin. Kalau ada apa-apa kesilapan, sila berikan tunjuk ajar.
Pada saat ini, otak saya macam tin Milo kosong, kekosongan. Tak sangka menulis dalam BM seumpama seorang tua yang uzur, sedang menolak lori ke atas puncak gunung, begitu susah. Walau bagaimanapun, syukur Tuhan kerana dengan izin-Nya, saya masih dapat mengingat kembali beberapa kosa kata yang sering digunakan sewaktu berada di sekolah.
Mungkin pada ketika ini, kamu sudah kehilangan kesabaran kerana masih tidak tahu apakah tujuan recana ini ditulis. Baiklah, biar saya beritahu anda.
Para Collegelinkers sama ada kamu jantan atau betina, lelaki atau perempuan, anda dipelawa untuk menerbitkan rencana yang mengandungi khotbah-khotbah pendeta-pendeta, cerita-cerita berkaitan dengan perjalanan anda bersama Kristus ataupun cerita-cerita yang membina keimanan kita terhadap Tuhan, permintaan doa, bahan bacaan serta bahan muzik Kristian yang kamu ingin mengesyorkan pada blog ini. Sesiapa yang ingin berbuat demikian, jumpalah dengan Leslie. Kamu boleh mengirimkan sehelai salinan cetakan ataupun salinan yang disimpan dalam pendrive ataupun menyampaikan mesej anda secara lisan kepada Leslie. Pesanan melalui Buku Muka (Facebook) dan MSN juga diterima. Kami akan menerbitkannya untuk kamu.
Tiada apa yang lebih memuaskan daripada melihat kerajaan-Nya dibina dan diluaskan di bumi ini. Seperti yang dikatakan dalam Kitab Injil, Matius 28:18-20 18 Yesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi. 19 Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, 20 dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman."
Jadi, biarlah blog ini menjadi pentas untuk kita menyebarkan Injil, dan dengan rahmat dan keizinan Tuhan, marilah kita memimpin lebih banyak orang ke pangkuan Tuhan (Jadi, rajinlah menulis! Hahaha) sementara membina silaturahim yang lebih erat antara para umat Kristian. Marilah kita berusaha!
If you don't understand this, find Leslie. :P
-eugenelim-

0 comments:
Post a Comment